Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki dikalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim).
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
Tuesday, January 24, 2012
Monday, January 23, 2012
kekuatan wanita memalui tangisan
YA ALLAH, mengapa wanita seing menangis?
JawabNYA : Kerana wanita itu unik.
AKU cipakan ia sebagai mahluk istimewa,
.......AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk mmberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan pun,
AKU kuatkan batinya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi.
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU, AKU beri dia air mata unutk membaush luka batin dan memberi kekuatan baru.
Friday, January 20, 2012
keindahan
sesunguhnya tajuk ku pilih untuk menaip pada hari ini mempunyai begitu banyak maksud dia, tersurat dan tersirat.
aku terbangun pada pagi ini dengan terlalu awal rasanya, sesudah aku mengerjakan subuh pada hari ini, aku duduk membelek senaskah buku unutk aku membaca, tapi hati ku gusar dan ku merasakan ada suatu aura menarik dan menyuruh ku keluar dari rumah, aku hanya biarkan sahaja aku berfikir mungkin ini semua mainan perasaan diriku sahaja, tapi lama kelamaan hatiku makin kuat memaksa seperti ada sesuatu di luar sana.
lalu ku terus bangun dan menyampai kunci yang tergantung dan buku tersebut aku gengam dan ku bawa bersama, lalu terus ku membuka pint dan menyarung selipar dengan memakai kain pelekat aku bergerak berjalan keluar dari rumah, apa yang ku lihat sesunguhnya aku kagum dengan suatu perkara, apabila terbitnya fajar mula menyinari dan cahaya nya melimpahi sekalian alam secara perlahan2 aku melihat hutan yang di hadapan ku yang penuh dengan kabus seperti bernafas menghembuskan kabus dan seperti manusia yang bangun dari tidurnya apabila cahaya matahri mula menyinari, sesunguhnya sungguh indah keajaiban itu, pertama kali ku melihat kejadian sebegitu, lalu ku berdoa kepada ALLAH SWT tanda mengucapkan kesyukuran kerna memberi ku peluang untuk melihat keindahan sebegitu dan juga peluang untuk bernafas di muka bumi ini.
keindahan, bagiku ini lah salah satu keindahan yang ingin ku sampaikan dan yang ingin ku tulis, mungkin di luar sana sesetangah mereka keindahan mereka adalaha dari segi percintaan, ea percintaan memang asal nye indah tapi pahit di dalamnye penuh dengun ranjau duri dan segalanya, tapi ingat lah bahawa apapun yang berlaku kamu haruslah berdoa kepadaNYA sentiasa, dan ALLAH SWT suka kepada orang yang meminta pertolongan dari dia
epilog
tatkala hati ku sedih dengan perpisahan yang melanda, aku mula berfikir dan sedar akan sebuah hakikat kehidupan, smpai bila aku harus begini sampai bila aku harus menjadi lemah dan sampai bila aku harus mengikut telunjuk dan bisikan syaitan, termenung ku seketika di hadapan rumah ku, ku melihat potret keluarga ku, dan ketika itu lah datang nye sebuah rentapan yang menyentap dan menyedarkan aku tentag sesuatu perkara, dan ketika itu lah aku terpandagkan senaskah Al-Quran yang telah lama aku tidak menyentuh nya, dan ketika itu aku sedar betapa hina nya aku di sisi ALLAH SWT,
selepas beberapa ketika aku mengambil wudhuk, dan semasa aku membentangkan sejadah untuk bersolat memohon keampunan, dan ketika itu lah air mata aku terus mengalir dan semakin mengalir bagaikan hujan yang lebat yang membasahai bumi seperti itu jugalah air mata ku mengalir membasahi pipi ku dan bajuku kerna, sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak bersolat dan apapbila aku hendak bersolat segala bacaan aku lupa dan lidah ku keras untuk menyebut dan membaca ayat-ayat dan kalimah-kalimah ALLAH dan bacaan semasa solat.
sesunguhnya di saat itu juga aku sedar, betapa besarnya dosaku, betapa bersalahnya diriku, betapa jijik dan hina diriku, lantas di saat itu juga aku bertaubat dan mencari islam di dalam diriku
Ea orang mengaakan aku hipokrit, selepas insiden tersebut baru nak berubah dan sedar diri, tetapi orang hanya boleh berkata, dan aku hanya mampu berdiam diri sahaja, kerana itu memang betul tetapi yang penting aku berniat berubah dan bertaubat kerana ALLAH SWT, biar lah aku sahaja yang mengetahui apa yang bermain di dalam pemikiran ku.
" YA ALLAH ya tuhanku aku bersyukur ke atas mu, kerana diberi peluang untuk bertaubat dan bernafas di muka bumi ini lagi, sungguh besar kuasa mu YA ALLAH"

Tuesday, January 17, 2012
keresahan
aku gusar dan rasa xsenang atas apa yang akan berlaku, itu yang apa ku rasakan ketika aku tengah berkerja..tapi adakah itu semua hanya mainan perasaan aku atau bisikan syaitan atau petunjuk dari mu YA ALLAH ?
semua itu hanya menjadi satu teka teki dan satu tanda tanya, pabila aku mula semaki gelisah dan hati ku semakin berdegup kencang, aku tanpa membuang masa meminta kebenaran untuk pulang, hati aku kuat mengatakan seperti ada benda yang akan terjadi, dalam perjalanan pulang dek kerana terlalu risaukan kepada apa yang akan berlaku samaada kepada ibu bapaku, keluargaku atau si dia, tanpa ku sedari aku tidak berhenti2 berdoa.
akhirnya setiba nya aku di rumah, aku terus menjenguk ibuku dan lihat dia dalam keadaan tengah tidur begitu juga adik beradik ku, lalu ku hendak menelefon dan message si dia bertanyakan adakah sesuatu telah berlaku. tapi kerana risaukan mengangu dia aku hanya mampu diam sahaja.
namun hati ku tetap risau dan seperti ada yang tidak kena..lalu ku terus mengambil tuala mandi membersihkan diri dan bersiap untuk bersahur dan solat meminta petunjuk dan mencari ketenangan, sesudah selesai semua perkara. aku bersiap untuk tidur
dan ketika itulah aku terlintas di fikiran aku bahawa sesunguhnya aku harus sedar atas apa yang telah terjadi dan aku harus berubah dan sentiasa bertaubat keatasNYA, dan air mata ku menitik sekali lagi mengucap tanda syukur kerana DIA memberi ku peluang untuk bertaubat. sesunguhnya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya.
dan sebelum mata ku terlelap aku berdoa untuk ibu ku, ayahku, adik beradik ku, dan si dia, walaupun aku dan dia tergantung, tapi ibuku berpesan agar sentiasa doakan orang yang kita sayang.
dan sebelum mata ku terlelap aku berdoa untuk ibu ku, ayahku, adik beradik ku, dan si dia, walaupun aku dan dia tergantung, tapi ibuku berpesan agar sentiasa doakan orang yang kita sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)