Tuesday, January 17, 2012

keresahan

aku gusar dan rasa xsenang atas apa yang akan berlaku, itu yang apa ku rasakan ketika aku tengah berkerja..tapi adakah itu semua hanya mainan perasaan aku atau bisikan syaitan atau petunjuk dari mu YA ALLAH ?
semua itu hanya menjadi satu teka teki dan satu tanda tanya, pabila aku mula semaki gelisah dan hati ku semakin berdegup kencang, aku tanpa membuang masa meminta kebenaran untuk pulang, hati aku kuat mengatakan seperti ada benda yang akan terjadi, dalam perjalanan pulang dek kerana terlalu risaukan kepada apa yang akan berlaku samaada kepada ibu bapaku, keluargaku atau si dia, tanpa ku sedari aku tidak berhenti2 berdoa.
akhirnya setiba nya aku di rumah, aku terus menjenguk ibuku dan lihat dia dalam keadaan tengah tidur begitu juga adik beradik ku, lalu ku hendak menelefon dan message si dia bertanyakan adakah sesuatu telah berlaku. tapi kerana risaukan mengangu dia aku hanya mampu diam sahaja.
namun hati ku tetap risau dan seperti ada yang tidak kena..lalu ku terus mengambil tuala mandi membersihkan diri dan bersiap untuk bersahur dan solat meminta petunjuk dan mencari ketenangan, sesudah selesai semua perkara. aku bersiap untuk tidur
dan ketika itulah aku terlintas di fikiran aku bahawa sesunguhnya aku harus sedar atas apa yang telah terjadi dan aku harus berubah dan sentiasa bertaubat keatasNYA, dan air mata ku menitik sekali lagi mengucap tanda syukur kerana DIA memberi ku peluang untuk bertaubat. sesunguhnya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya.
dan sebelum mata ku terlelap aku berdoa untuk ibu ku, ayahku, adik beradik ku, dan si dia, walaupun aku dan dia tergantung, tapi ibuku berpesan agar sentiasa doakan orang yang kita sayang.

No comments:

Post a Comment