Saturday, January 28, 2012

ciptaan

    " Nur..." kedengaran satu suara memangil diriku, tapi dari manakah datangnya suara tersebut dan siapakah yang memangilku, aku berpusing dan terus berpusing mencari dari manakah suara itu datang dan siapakah yang memangil aku, aku terus keliru dan keliru, aku seperti terperangkap, ea terperangkap di dalam dunia ciptaanku, lantas aku memberi petanda kepada aryana untuk membawa aku keluar dari program tersebut, dan dengan satu butang sahaja aku sedar dari mesin ciptaan ku.

    setelah tamat sesi ujian tadi, aryana bertanya kepadaku " Nur bagaimana dengan program tersebut, dan kenapa begitu cepat kamu meminta aku membawa kau keluar dari program tadi, ada sesuatu yang menarik ke, atau kamu berjumpa jejaka idaman" usikan dari aryana kepada ku, lalu ku membalas kepada aryana dengan satu senyuman palsu, dan aku pun bergegas pulang ke bilik meninggalkan dia di sana.

    sewaktu di bilik ku termenung sejenak dan membaca semula profile dan meneliti semua data-data dan maklumat berkenaan ciptaan ku ini, dan aku yakin memang tak salah apa yang aku buat dan segala kajian aku terhadap ciptaan ku ini, sepatutnya ciptaan baru ku ini akan memisahkan diriku dan membawa aku ke dunia yang tidak diketahui orang lain iaitu dunia fantasi, yang selama ini dunia ini hanya wujud dalam khayalan seseorang, ea dunia fantasi dunia yang memisahkan fantasi dan realiti, akan tetapi apa yang baru berlaku tadi sangat berbeza dengan apa yang telah diprogramkan.

    " mungkin ada masalah yang terjadi atau ada salah perkiraan" ku cuba menenagkan hatiku ini dengan berfikiran positif, sedang aku sibuk meneliti satu persatu, lalu berkumandang azan di jam eletronik ku, menandakan sudah masuknya waktu solat, aku bergegas menyimpan semua barang dan nota kajian ku.

     Aryana hadir di bilik ku, untuk mengajak ku menemani dia ke ke sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari rumah kami, aku pun bersetuju sahaja kerna perut ku sendiri sudah bermain muzik yang indah, lalu ku meminta Aryana menungu ku di kereta kerna ku hendak bersiap. Kelihatan Aryana sudah mula memanaskan enjin kereta Suzuki miliknya itu, lalu ku bergegas mencapai purse dan kunci rumah dan terus menuju masuk ke dalam kereta.

     Creamy Puff kafe, ea itulah nama kafe yang kami tujui sampai nya kami di sana, kami mengambil tempat di sebuah sudut yang berdekatan dengan sebuah pemandangan yang menghadap ke arah bukit dan hutan, ea tempat ini mengingatkan aku kepada si dia, seseorang yang pernah menawan hatiku kini tiada lagi, kerna ku telah kehilangan dia, aku tersentak dengan teguran pelayan yang menghantar hidangan ku " argh au berkhayal lagi", bisiku di dalam hati.

     Sedang aku asyik menikmati makanan tersebut, Aryana memulakan perbualan " kenapa Nur ? aku melihat kamu seperti ada masalah dan asyik termenung sahaja ? ada sesuatu yang bermain di fikiran kamu ? adakah kamu masih merindui pada dia ? " pertanyaan yang terakhir tadi membuatkan aku terdiam seketika, apakah yang aku harus jawab, sememangnya aku merindui diri dia, dan silap ku juga kerna meningalkan dia, ea aku tahu aku pergi meningalkan dia kerna ku kecewa dengan sikap dia yang tidak berubah, tapi tanpa disangka dia akhirnya telah berubah, tapi hatiku keras sehingga lah satu insiden yang mengatakan dia telah hilang tanpa dapat dikesan, " Nur kau ok ke ? kenapa berdiam sahaja aku bertanya tadi ? "lamunan ku terhenti seketika dengan pertanyaan Aryana tadi.

    Sesudah makan aku berkata kepada Aryana " maaflah aku bukan sengaja tidak mahu menjawab persoalan kau tadi" pintaku untuk menyedapkan hati Aryana, " Yana aku sebenarnya amat merindui dia, dan kau tahu bukan kajian dan ciptaan yang kita buat ini adalah kajian asal dia dan kita hanya mengubah dan improvise ciptaan dia, sebenarnya tadi aku meminta kau berhentikan machine tersebut kerana aku terdengar suara dia" pintaku, tiba-tiba " suara siapa Nur" pinta Aryana seperti ingin tahu dan air muka dia terus berubah sperti seorang penyiasat yang menyiasat sesuatu.

    aku termenung seketika sebelum menjawab soalan, " suara yang ku dengari tadi amat ku kenali suara dia seperti seakan-akan suara Arman" ea itulah jawapan yang aku berikan kepada Aryana, dan aku pasti itu adalah suara dia, dan aku yakin kehilangan dia ada kaitan dengan mesin ciptaan dia yang sekarang aku dengan Aryana tengah selidiki.


......................................................................................................

will be continue

No comments:

Post a Comment