Thursday, January 26, 2012

petanda

   ruangan kosong ini telah acap kali aku tatapi, tetapi pada malam ini ruangan kosong ini seperti suatu kehitaman yang mula berubah, ea dahulu ruangan kosong ini kelihatan sempit dan gelap, tetapi sekarang ruangan tersebut kelihatan semakin cerah yang semakin tinggal hanya lah bintik-bintik hitam dan kelihatan ruangan kosong ini semakin luas, " apakah petanda ini, apakah yang berlaku" tanya ku pada diri sendiri.

    tiba-tiba aku tersedar dari lamunan tidur, "ouh bermimpi rupanya aku tadi" kataku, aku yang masih lagi terpisat-pisat mataku terus mencapai tuala yang tergantung di tepi katilku dengan hanya memakai boxer aku terus ke bilik air untuk mandi pada subuh tersebut, dan bersiap aku untuk menunaikan solat subuh, sesudahnya aku bersolat aku menghampiri meja kerja ku, dan aku on kan laptop ku yang berada di atas meja tersebut.

   ketika itu lah fikiran ku berkhayal sejenak mengenangkan apakah mimpi ku tadi yang telah ku alami, apakah maksud mimpi tersebut, kerna acap kali telah ku melalui mimpi tersebut dan berulang-ulang kali, ku bertanya pada diriku sendiri dan berfikir sejenak apakah ini hanya satu mainan tidur atau ganguan dari syaitan, "ah dari ku membuang masa berfikir lebih baik aku menyiapkan kertas kerja ku" bentak ku, lalu terus ku menghadap laptop dan terus membuka e-mail ku dan membuka segala risalah yang berkaitan.
 
    sedang diriku khusyuk membuat kerja ku dan tatkala itu lah hujan turun dengan lebatnya dan kilat sabung menyabung, lalu mengakibatkan litar pintas berlaku dan terpadam eletrik di rumahku " argh time begini lah pula kau nak hujan bagai, time ni pula kau tiada eletrik" marahku pada apa yang berlaku, lalu segala dokumen dan kerja ku aku simpan dan aku off kan laptop ku.

    sedang aku sibuk mengemaskan meja ku tadi, handphone ku berdering memainkan lagu kesukaan aku, dan ku melihat  nama yang tertera di skrin handphone ku adalah sandra, dan ketika itu lah tertanya-tanya di hatiku apakah yang dimahukan sandra pada pagi-pagi sebegini, bukankah dia semalam bersamajoe keluar berhibur bersama teman-teman yang lain,  malas dengan perbagai persoalan terus ku mencapai hadnphone ku yang berada di atas katil

  kelihatan sandra seperti tidak cukup nafas dan mencungap dari nada suara dan nafas dia " Arman, joe...joe...joe man dia dah meninggal man" kata sandra, berita yang ku dengar di saat itu membuat ku terduduk, kerna joe adalah sahabat baiku sejak dari bangku persekolahan lagi lalu ku bertanya apa yang terjadi, sandra memberitahu ketika dia joe dan yang lain-lain sedang sibuk minum air kencing syaitan tersebut di tepi jalan Joe dengan ada satu kilat menyambar ke arah Joe dan dari kata doktor kilat tersebut membuatkan jantung dia berhenti beroperasi dan meningal di masa itu juga", kata sandra dengan nada cemas nya.

    pada masa itu lah aku teringat pada malam itu joe ada mengajak ku untuk keluar berhibur kerana ingin menghilangkan stress dan tension, tapi aku menolak kerana aku berasa tidak sedap hati dan aku cuba melarang joe untuk keluar tapi apakan daya aku tidak mampu, lagipun aku sesunguhnya sudah berniat ingin mengubah diriku dan berhenti dari gejala-gejala ini, dan berita yang ku terima tadi membuatkan hati ku di sentap dengan amat kuat, "Ya Allah sesunguhnya aku bersyukur diberi peluang untuk bernafas dan kembali taubat padamu".....tiba-tiba aku tersentak dari lamunan apabila sandra menjerit dan bertanya adakah aku akan datang dan memberitahu kedua ibubapa joe ??....ea satu soalan yang aku sendiri tidak mampu memberikan jawapan nya.

..........................................................................................................

No comments:

Post a Comment