Wednesday, January 25, 2012

rintihan

kadangkala aku tertanya kepada diri ku sendiri, apakah ini cara yang betul untuk ku berubah adakah aku berubah kerana ditingalkan atau kerana wanita, tapi aku berfikir sejenak dan apa yang aku tahu aku bukan berubah kerana wanita atau sebab harta dan sebagainya, tapi aku berubah kerana mu YA ALLAH, kadangkala aku bersyukur di atas hidayah yang kau berikan kepadaku, mungkin itu salah satu caranya yang ENGKAU berikan kepada ku untuk aku sedar atas segalanya, sememangnya apa yang berlaku itu membuat aku sedar yang selama ini aku lalai dan alpa akan kewujudan YA ALLAH.

manusia boleh berkata-kata apa sahaja yang mereka mahu, dan orang sekitar diriku mungkin mereka berkata dan mengutuk dan bercakap belakang tentang diriku, tapi dinamakan manusia, tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan dan manusia juga sering melakukan kesilapan dan dari kesilapan itu lah mereka sedar dan belajar, dan kerana itu ALLAH SWT berikan mereka akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, bagiku biar mereka nak melakukan apa yang mereka inginkan itu hak mereka dan diri mereka, kita xmampu berkata atau menutup mulut mereka, yang aku hanya mampu lakukan adalah dengan memafkan kesalahan mereka.

kadangkala aku sedih dan perit atas dugaan yang diturunkan tapi tetap aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan menulis di laman ini dan juga beramal dan beribadat keatas mu Ya ALLAH, memang bermacam2 dugaan dan halangan yang ku terima tapi aku sedar tiada siapa boleh lari dari kuasa MU.

aku tahu mungkin cara aku berubah ini secara mendadak, tapi entah bagaimana harus lagi ku utarakan, hanya diriku dan DIA sahaja yang mengetahui apa yang bermain di benak pemikiranku, tatkala aku ingin menghampiri kebaikan, ketika itu aku di uji dengan pelbagai cara, aku xmenyalahkan takdir atau menetangnya, malahan aku menyukuri dan menerimanya, aku tahu susah untuk seseorang itu mempercayai perubahan seseorang dan ada sahaja kesalahan yang orang akan pandang terhadap diriku apabila aku berusaha mencari perubahan, kebaikan dan jalan yang benar, aku xmengatakan aku ini cukup sempurna, malahan aku mengaku aku manusia yang hina suatu ketika dahulu dan manusia yang mencari jalan yang benar kerna aku sedar akan kekuasanNYA yang maha esa.

kadang kala apbila ku terduduk seketika akan datang segala dosa2 lampau ku, dan bersedih ku keseorangan, dan apa yang ku mampu hanya bermohon kepada DIA, dan hanya DIA yang mendengar rintihan ku, luaran ku mungkin nampak ku seperti biasa tapi di dalam hati ku sentiasa dihantui perasaan bersalah mengingatkan dosa2 lampau ku, biarlah aku di ruangan ini unutk menulis, kerna aku tidak lagi tertahan kesedihan yang berada dalam diri ini. Aku tahu siapa aku, dan aku akan menyusahkan kamu dan meminta pertolongan kerna ku tahu jika ku meminta pertolngan dari manusia meraka akan berkata dan menyusahkan mereka dan aku tidak mahu lagi kerana ku kamu menangung dosa, biarlah ku meminta dari DIA sahaja,

biarlah aku menulis di alam maya ini, biarlah segala yang ku catitkan dalam ini menjadi pedoman kepada aku dan ku menulis di dalam ini agar segala rintihan ku dapat di redakan, assalamualaikum

No comments:

Post a Comment