Sunday, January 29, 2012

pertama dan terakhir


pertama kali dalam hidupku aku berfikir secara waras dan logik, dan buat pertama kali juga aku berkhayal, ea aku befikir dan berkhayal dalam satu masa yang serentak, ketika kesunyian malam datang menerpa diriku aku merasakan seperti suatu ketenangan dan di saat itu aku mengalirkan air mataku di sejadah yang ku bentangkan, ia kini aku sedar betapa dahulunya aku seorang manusia yang tidak tahu mengucap erti kesyukuran dan seorang manusia yang islam hanya di nama nya sahaja.

kini aku aku sedar, kerna kehendak NYA ingin ku berubah, ku mendapat hidayah dariNya dan petunjuk dariNya, ia satu cara yang pertama kali dalam hidupku membuatkan ku sedar, kehilangan seorang wanita yang selama ini menjaga ku, menolong ku, menasihati ku dan mengubah ku satu persatu, tetapi aku terlalu melayankan nafsuku, ego ku dan juga bisikan syaitan dan baranku, ea wanita tersebut wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri dan membenci diriku, dan aku tahu semua berpunca dari salahku juga, apa yang berlaku biarlah dia dan aku sahaja yang mengetahui.

ea kini aku sudah mula berubah, satu perubahan yang mungkin mendadak bagi pandangan orang ramai, tapi bagi ku biar lah ku berubah dengan cara ku, sebab aku tidak mahu mengulangi kesilapan dan dosa yang lalu, ku mohon keampunan terhadap wanita yang pernah ketika menjadi temanku yang menjagaku dan menahan perasan marah dan sebagainya terhadapku, dan aku berpesan pada diriku akan ku buktikan bahawa sesunguhnya pengorbanan mu dahulu akan ku hargai.

dan kepada wanita tersebut akan ku kotakan janjiku untuk menikahimu, biarlah masa yang menetukan, dan aku akan bina kehidupan baru yang lebih bersih dan dengan cara dan jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT

..........................................................................................................................................

entry ini hanyalah mengisahkan kerinduanku terhadapmu, walaupun kamu tidak mengetahui nya, tapi ku berharap kebaikan dan kesejahteraan buat kamu, tidak tahu bagaimana lagi yang harus ku lakukan .....


No comments:

Post a Comment